MISI SEKOLAH

Sabtu, 28 Februari 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan 2009

Acara tarik tali (perlawanan akhir) antara Rumah Kenari(hijau) dan Rumah Kelisa(merah) adalah acara kemuncak pada Kejohanan Olahraga Tahunan SK Seri Inas 2009. Rumah Kenari telah berjaya menumpaskan Rumah Kelisa seterusnya muncul sebagai juara tarik tali pada tahun ini.

Kejohanan Olahraga Tahunan 2009

Acara 80 meter berpagar (P) B10 dimenangi oleh Rumah Kembara(biru).

Kejohanan Olahraga Tahunan 2009

Acara 80 meter berpagar(L) B10 dimenangi oleh Rumah Kembara(biru).

Kejohanan Olahraga Tahunan 2009

Acara 4 x 200 meter (P) Bawah 12 telah dimenangi oleh Rumah Kancil(kuning) pada Kejohanan Olahraga Tahunan SK Seri Inas 2009.

Ahad, 22 Februari 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG

Dari kiri YDP PIBG, Guru Besar dan Puan Sofiah

MESYUARAT AGUNG PIBG


MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Inas Kali ke 34 telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Februari 2009 di Dewan SK Seri Inas. Majlis telah dimulakan pada jam 2.30 petang dan dirasmikan oleh Puan Sofiah bt Shahab iaitu bekas guru SK Seri Inas. Beliau pernah mengajar di sekolah ini sekitar awal tahun 80an dulu.

Rabu, 4 Februari 2009

musim sukan bermula

Cikgu Mohd Nizam sedang mengendalikan sesi pemilihan untuk memilih peserta bagi mewakili rumah sukan dalam Kejohanan Olahraga Tahunan 2009 yang akan diadakan pada 26 Februari nanti.

musim sukan bermula

Ahli-ahli rumah Kancil(Kuning) sedang berehat di bawah teduhan pokok buat mengurangkan bahang kepanasan setelah menjalani proses pemilihan untuk mewakili rumah dan latihan awal. Inil adalah hari pertama (4 Feb.2009) aktiviti untuk persiapan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2009 bermula jam 3 petang dan tamat pada jam 5 petang. Seperti biasa ianya jatuh pada bulan Februari setiap tahun memandangkan kejohanan olahraga peringkat zon dan daerah diadakan pada bulan Mac atau April. Kebetulan pula pada bulan Februari adalah musim kemarau di negeri Kedah.

GALERI FOTO

SK Seri Inas,Bakai

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.