MISI SEKOLAH

Sabtu, 20 September 2008

Program Sempena Nuzul al-Quran

Didatangkan dari Pejabat Zakat Baling, Ustaz Mohd Khairi b Ishak bersemangat menyampaikan ceramah kepada murid-murid dan guru-guru SK Seri Inas,Bakai bersempena dengan Nuzul al-Quran. Program ini telah diadakan pada 17 September 2008 (Rabu) yang lalu.

Program Sempena Nuzul al-Quran

Murid-murid sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairi b Ishak dari Pejabat Zakat Baling.

KELAS PENDIDIKAN KHAS

Sebahagian dari pemandangan di dalam kelas pendidikan khas di SK Seri Inas,Bakai.

KELAS PENDIDIKAN KHAS

Murid-murid Pendidikan Khas di dalam Kelas Pendidikan Khas SK Seri Inas kelihatan ceria ketika mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru pendidikan khas yang berwibawa.

Isnin, 15 September 2008

KEM KEPIMPINAN 2008

Kem Kepimpinan ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 17, 18 dan 19 Julai 2008 yang lalu. Program tahunan ini bertujuan memberi pendedahan dan memantapkan nilai-nilai kepimpinan kepada murid-murid terutamanya pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang merupakan sasaran dalam program ini.

Jumaat, 12 September 2008

SENAMROBIK

Salah satu aktiviti yang telah diadakan melibatkan semua guru dan murid yang menekankan kepentingan bersenam untuk kesihatan fizikal dan mental.(MAAF VISUAL KURANG MEMUASKAN)

KLIP VIDEO (VIDEO CLIP)

Selamat menonton dan sama-sama kita menghayati baris-baris ayat dalam lagu nasyid ini.

Bahasa Inggeris(English)

Parts of the body

PUSAT ICT SEKOLAH



Makmal Komputer(Pusat ICT) sewajarnya digunakan sebaik mungkin oleh para guru dan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah. Melalui teknologi ICT, guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan lebih menarik dan efektif. Murid pula dapat mengikuti pembelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan tetapi efektif.

VISI DAN MISI SK SERI INAS


Khamis, 11 September 2008

SEKITAR HARI SUKAN TAHUNAN 2008

Yang DiPertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Encik Mohd Sailie sedang menyampaikan ucapan perasmian.

SEKITAR HARI SUKAN TAHUNAN 2008

Upacara melafaz ikrar sukan.

SEKITAR HARI SUKAN TAHUNAN 2008

Sebahagian ahli-ahli Rumah Kuning bersama dua orang guru rumah, Ustaz Mohd Naim dan Cikgu Ghazali.

Rabu, 10 September 2008

SK SERI INAS,BAKAI


SK Seri Inas, Bakai, 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.

GALERI FOTO

SK Seri Inas,Bakai

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.