MISI SEKOLAH

Ahad, 23 Mei 2010

Bengkel Teknik Menjawab Soalan B.Inggeris

Dijalankan pada hari Sabtu, 22Mei 2010 yang lalu di dewan sekolah bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.

Penceramah jemputan dari SMK Khir Johari, Sg.Petani, Cikgu Anwar Fadzil Abu Bakar.

"Allah pelihara SK Seri Inas, Tempat kami menimba ilmu, Demi membela pertiwi".

Menyanyikan Lagu Sekolah

Lafaz ikrar

HARI GURU 2010

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah berlangsung pada 16 Mei 2010 bermula jam 7.45 pagi di dataran kejat SK Seri Inas. Ianya dimulakan dengan perhimpunan mingguan seterusnya dilanjutkan dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia". Kemudian diikuti dengan ikrar guru dan pembacaan perutusan dari Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran. Pukul 9.00 pagi guru dan murid beredar ke padang untuk acara seterusnya. Pukul 11.30 pagi acara diteruskan di dewan iaitu persembahan oleh guru-guru dan murid-murid dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari.




Isnin, 10 Mei 2010

Olahragawan & Olahragawati 2010

Olahragawan bagi tahun 2010 jatuh kepada Azhari bin Zakaria (Tahun 6 Bestari).

Olahragawati 2010 jatuh kepada Farah Hazwani bt Zulkeflee (Tahun 5 Arif).

Sabtu, 1 Mei 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan 2010

Yang Dipertua PIBG SK Seri Inas, Encik Asri bin Ismail sedang menyampaikan ucapan perasmian.
Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 dilangsungkan agak lewat pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu pada 29 April. Ini adalah kerana mengikut arahan-arahan dari atas yang telah dikeluarkan beberapa kali. Perasmian telah dilakukan oleh Yang Dipertua PIBG SK Seri Inas iaitu Encik Asri bin Ismail.

Upacara Ikrar Kejohanan

Acara 100m perempuan B12

GALERI FOTO

SK Seri Inas,Bakai

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.