Hari Anugerah Kecemerlangan SK Seri Inas 2008 akan diadakan pada 9 November iaitu hari Ahad bermula jam 10.00 pagi bertempat di Dewan SK Seri Inas.Semua waris adalah dijemput hadir.
Murid-murid dan guru-guru berkumpul di padang sekolah mengikut laluan yang telah ditetapkan dan guru-guru kelas memanggil nama murid masing-masing seorang demi seorang bagi memastikan semua murid selamat.
Latihan Kebakaran telah dijalankan dengan jayanya pada 23 Oktober 2008 (Khamis) bermula jam 11.50 pagi.
Program Intelek Rohani(PINTAR) telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) pada 21 Oktober 2008 bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Murid-murid yang terlibat adalah dari Tahun 4 hingga Tahun 6 di mana mereka telah diberi pendidikan untuk menjauhi penyalahgunaan najis dadah.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Inas telah diadakan pada 13 Oktober 2008 bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Majlis diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian lagu-lagu raya oleh murid-murid dan juga guru-guru. Majlis diakhiri dengan jamuan juadah hari raya seperti lemang, sate, nasi himpit dan beberapa jenis biskut raya.
Murid dari Tahun 1 dan Pra-Sekolah sedang menyampaikan sebuah lagu raya dengan penuh penghayatan. Hadirin terpaku menyaksikan persembahan mereka.
Guru-guru juga turut sama memeriahkan majlis dengan persembahan lagu raya pilihan mereka.
Salah satu persembahan oleh murid-murid untuk memeriahkan suasana majlis.
Satay dan lemang menjadi menu utama pada majlis sambutan hari raya peringkat sksi pada tahun ini.
SK Seri Inas,Bakai
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.