MISI SEKOLAH

Sabtu, 14 Mac 2009

Salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan, sedang dikendalikan oleh Cikgu Siti Rosni dan Cikgu Nawawi.

BOLASEPAK KELOMPOK BAKAI (MALAU?)

Pertandingan Bolasepak Kelompok Bakai(lebih dikenali sebagai kelompok Malau) telah berlangsung pada 11 - 12 Mac 2009 bermula jam 12.00 tengahari di padang SK Seri Inas. Peserta adalah terdiri daripada lima buah sekolah iaitu SK Seri Inas, SK Ulu Bakai, SK Malau, SK Ulu Tawar dan SK Badang. Pertandingan dijalankan secara liga.
(*Malau adalah sebuah pekan kecil terletak dalam Mukim Bakai).

BOLASEPAK KELOMPOK BAKAI (MALAU?)

PASUKAN BOLASEPAK SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INAS , BAKAI 2009 BERSAMA KETUA JURULATIH, CIKGU DIN BIN MAT JUSOH.

BOLASEPAK KELOMPOK BAKAI (MALAU?)

Ustaz Zamri, selaku jurulatih masih sempat memberikan tunjuk ajar di saat-saat terakhir sebelum pasukan SK Seri Inas turun berjuang.

BOLASEPAK KELOMPOK BAKAI (MALAU?)

Pertembungan sengit antara SK Seri Inas dan SK Ulu Bakai.

BOLASEPAK KELOMPOK BAKAI (MALAU?)

SK Seri Inas berjaya menjinakkan SK Ulu Bakai dengan kemenangan 2-1.

Jumaat, 6 Mac 2009

SEMOGA MEMBANTU

Banner dipamerkan di kantin sekolah.

Bahasa Inggeris

Salah satu usaha Panitia Bahasa Inggeris SK Seri Inas untuk meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid. Banner yang memaparkan vocabulary, grammar notes dan contoh-contoh ayat digantung di kantin sekolah.
Adalah menjadi harapan guru-guru dan warga sekolah agar usaha ini dapat membantu murid-murid dalam matapelajaran Bahasa Inggeris yang berterusan menghadapi masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris sejak beberapa tahun lalu.

Isnin, 2 Mac 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan 2009

Sebahagian daripada ahli-ahli Rumah Kenari(hijau) dan Rumah Kembara(biru) sedang memberikan sokongan moral kepada atlet-atlet mereka yang sedang bertanding.

Kejohanan Olahraga Tahunan 2009

Atlet acara lompat tinggi yang berbakat, Muhammad Syafiq bin Tajudin dari Tahun 5 mewakili Rumah Kancil(Rumah Kuning) sedang melakukan lompatan dan melepasi palang dengan penuh bergaya.

GALERI FOTO

SK Seri Inas,Bakai

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.