MISI SEKOLAH

Rabu, 24 Jun 2009

KEMBARA AMAL JUN 2009 UN RIDERS

Duta Belia Negara, Cik Maznah Zulkifli bergambar bersama murid-murid.

Sebahagian dari warga kampung yang turut hadir.



Deretan motorsikal dari Kelab Unique Nation Riders.


Ahad, 21 Jun 2009 - Sekumpulan lapan puluh penunggang motorsikal berkuasa tinggi dari Kelab Unique Nation Riders, Kuala Lumpur telah mengadakan program Kembara Amal Jun 2009 yang bertempat di SK Seri Inas. Program tersebut bertujuan menyampaikan sumbangan dari kelab tersebut kepada murid-murid dan penduduk kampung yang memerlukan. Mereka juga mengambil peluang untuk berkenalan dan beramah mesra dengan warga kampung dan juga guru-guru serta kakitangan SK Seri Inas. Duta Belia Negara, Cik Maznah Zulkifli juga turut serta dalam rombongan bermotorsikal itu.

Rabu, 27 Mei 2009

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU 2009

Tuan Guru Besar mengetuai acara melafazkan Ikrar Guru.

Guru-guru melafazkan Ikrar Guru dengan penuh semangat.
Guru-guru sedang menyanyikan lagu "Guru Malaysia".

Penolong Kanan 1 antara yang menjayakan acara persembahan guru.

Pertandingan sepak raga bulat antara guru-guru.

Jumaat, 24 April 2009

AKTIVITI BULAN ANTI DADAH

Pegawai AADK Baling sedang menyampaikan ceramah kepada murid-murid SK Seri Inas.

Pegawai AADK menerima cenderahati ringkas dari Penolong Kanan 1 SK Seri Inas, Encik Basri bin Abdull Rahman.


Murid-murid khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh pegawai AADK Baling.


Adik Ahmad Sofian bin Osman Lee menerima hadiah kuiz dari pihak AADK.

Selasa, 7 April 2009

KEM BESTARI SOLAT 2009

Ustaz Zamri sedang menyampaikan taklimat kepada murid-murid sebelum program Kem Bestari Solat dimulakan.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 60 orang murid Tahun 1 dan Tahun 2 di mana telah diadakan pada 4 April 2009 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang dengan perasmian penutupnya telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohd Idris bin Ramli.


Seorang murid sedang melakukan praktikal mengambil wudhu' dengan diperhatikan oleh murid-murid lain dan guru (fasilitator).

Solat Zohor berjemaah dilaksanakan di surau sekolah.

Tayangan video tentang cara-cara berwudhu' yang betul.

Ustaz Zohir sedang mengendalikan murid dari Kumpulan 3 ketika slot Latihan Dalam Kumpulan(LDK).

Tuan Guru Besar sedang menyampaikan cenderahati kepada seorang murid yang menyertai Kem Bestari Solat 2009.

Ahad, 29 Mac 2009

MTQ Zon Kuala Pegang 2009

Pasukan kompang selawat SK Seri Inas bergambar bersama guru-guru pengiring dan hadiah yang dimenangi selaku juara Zon Kuala Pegang bagi tahun 2009.

Peserta-peserta dari SK Seri Inas sedang menunggu giliran.
Wakil SK Seri Inas bagi acara Bacaan Jawi yang muncul juara Zon Kuala Pegang sedang menerima hadiah.

Peserta-peserta kuiz SK Seri Inas sedang mengambil bahagian.

Semua peserta dari SK Seri Inas bergambar ramai bersama hadiah yang dimenangi.

Pasukan Kompang Selawat SK Seri Inas 2009 bersama hadiah .




Sabtu, 14 Mac 2009

KEM MOTIVASI DIRI KELAS PENDIDIKAN KHAS

Kem Motivasi Diri Kelas Pendidikan Khas SK Seri Inas telah berlangsung pada 11 -12 Mac 2009 di pekarangan SK Seri Inas disertai 14 orang murid.
Salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan, sedang dikendalikan oleh Cikgu Siti Rosni dan Cikgu Nawawi.

BOLASEPAK KELOMPOK BAKAI (MALAU?)

Pertandingan Bolasepak Kelompok Bakai(lebih dikenali sebagai kelompok Malau) telah berlangsung pada 11 - 12 Mac 2009 bermula jam 12.00 tengahari di padang SK Seri Inas. Peserta adalah terdiri daripada lima buah sekolah iaitu SK Seri Inas, SK Ulu Bakai, SK Malau, SK Ulu Tawar dan SK Badang. Pertandingan dijalankan secara liga.
(*Malau adalah sebuah pekan kecil terletak dalam Mukim Bakai).

BOLASEPAK KELOMPOK BAKAI (MALAU?)

PASUKAN BOLASEPAK SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INAS , BAKAI 2009 BERSAMA KETUA JURULATIH, CIKGU DIN BIN MAT JUSOH.

BOLASEPAK KELOMPOK BAKAI (MALAU?)

Ustaz Zamri, selaku jurulatih masih sempat memberikan tunjuk ajar di saat-saat terakhir sebelum pasukan SK Seri Inas turun berjuang.

GALERI FOTO

SK Seri Inas,Bakai

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.