MISI SEKOLAH

Isnin, 26 April 2010

Program Motivasi Waris

Program motivasi waris murid Tahun 6 2010 telah dilangsungkan pada 25 April (Khamis) bermula jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 1.15 tghari. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Tuan Haji Malik bin Hassan,Penolong PPD (Kemanusiaan) PPD Padang Terap. Kehadiran para waris amat memberangsangkan.
Murid duduk bersama ibubapa masing-masing semasa sesi motivasi dijalankan..

Antara guru yang terlibat secara langsung dalam majlis tersebut.


Dua orang murid Tahun 6 sedang mendeklamasikan sebuah sajak khas sempena majlis tersebut.

Jumaat, 23 April 2010

Olahraga Tahunan 2010 - saringan

Pada petang 21 April 2010 telah berlangsungnya saringan dan akhir bagi acara -acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru serta acara 100 meter berpagar. Dalam suasana yang panas membakar tetapi meriah itu, semuanya berjalan lancar dan selesai pada jam 4.30 petang. Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku.





Selasa, 20 April 2010

Kejayaan SK Seri Inas

Ahli-ahli pasukan pengakap SK Seri Inas yang telah menjuarai lima kategori pertandingan pada Kem Perkhemahan Pengakap Daerah Baling/Sik 2010 yang lalu yang berlangsung di Lata Iboi, Baling. Mereka menjuarai pertandingan kraftangan, membina pintu gerbang, ikatan, persembahan kebudayaan dan pertolongan cemas. Selain itu mereka menjadi naib johan dalam pertandingan kawad kaki dan tempat ketiga dalam pertandingan kem kraf. Tahniah diucapkan.

Rabu, 14 April 2010

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 31 Mac 2010 (Rabu)pada jam 2 petang. Kali ini dirasmikan oleh Tuan Haji Malik bin Hassan, Penolong PPD (Kemanusiaan) dari PPD Padang Terap. Terlebih dahulu beliau telah menyampaikan ceramah motivasi kepada para waris yang hadir.

Jumaat, 26 Februari 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010

Sambutan Maulidur-rasul peringkat sekolah SK Seri Inas diadakan sehari lebih awal iaitu pada hari Khamis 11 Rabiulawal 1431H bersamaan 25 Feb.2010 memandangkan 12 Rabiulawal jatuh pada hari Jumaat.
Majlis dimulakan dengan perarakan di perkarangan sekolah disertai oleh semua murid dan guru serta kakitangan sekolah.



Pertandingan mewarna dan menulis jawi juga telah diadakan.



Pertandingan berbalas pantun bertemakan maulidurrasul .

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Inas, Tuan Haji Mohd Idris bin Ramli.

Sabtu, 30 Januari 2010

Latihan Sukan 2010


Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, penghujung Januari bermulalah latihan sukan untuk setiap rumah sukan kerana pada penghujung Februari nanti akan berlangsunglah Temasya Sukan Tahunan Sekolah. Perancangan asalnya temasya ini akan diadakan pada 25 Januari. Bagaimanapun, maklumat terkini yang diperolehi mengarahkan semua sekolah mengadakannya bermula Jun.

Isnin, 4 Januari 2010

Penggunaan Perakam Waktu

Sesi persekolahan 2010 di SK Seri Inas menampilkan kelainan kepada para gurunya. Pada 3 Januari 2010 iaitu hari pertama persekolahan tahun ini, bermulalah penggunaan mesin perakam waktu. Walau bagaimanapun, penggunaan sistem ini hanya berjaya dilaksanakan ke atas guru-guru sahaja kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Seorang guru sedang menggunakan mesin perakam waktu (punch card).

Sebahagian daripada kad-kad perakam waktu para guru.

Selasa, 24 November 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Tahun ini SK Seri Inas berjaya mencatat peningkatan yang memberangsangkan dengan pencapaian sebanyak 55.6% berbanding 37.3% pada tahun 2008. Dari segi kualiti pula, dua orang calon telah mencapai 5A dan seorang 4A 1B berbanding tahun 2008 dimana pelajar terbaik hanya mendapat 3A 2B sahaja.

KEPUTUSAN UPSR 2009

Pelajar kedua terbaik, Muhammad Alif Naim bin Asri, dengan pencapaian 4A 1B juga turut menerima hadiah penghargaan dari pihak sekolah yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Basri bin Abdull Rahman dalam satu majlis ringkas pada hari keputusan UPSR diumumkan iaitu pada 19 November 2009 (Khamis).

KEPUTUSAN UPSR 2009

Nurul Murniyati bt Mat Isa memperolehi keputusan 5A sedang menerima hadiah penghargaan dari Penolong Kanan 1, Cikgu Basri bin Abdull Rahman.

Abdul Fatah Ikram bin Mohd Sailie, memperolehi 5A sedang menerima hadiah penghargaan. Tahniah diucapkan.

GALERI FOTO

SK Seri Inas,Bakai

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.