
Hari ini,tanggal 15 Januari 2009 bersamaan 18 Muharam 1430,SK Seri Inas akhirnya berjaya menyediakan kemudahan
internet tanpa wayar untuk dimanafaatkan oleh warga sekolah. Walaupun agak terlewat jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di sekitarnya, namun yang lebih penting ialah sekarang teknologi ini telah dapat digunakan oleh guru-guru untuk turut serta memasuki dunia global, meneroka intipati berguna di dalamnya dan dicurahkan kepada murid demi menyiapkan mereka menghadapi cabaran di masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan