Perjalanan dengan keretapi memakan masa 11 jam. Satu perjalanan yang amat panjang jika dibandingkan dengan menaiki bas atau kereta.
Namun, ianya memberi satu pengalaman baru kepada hampir kesemua peserta rombongan yang belum pernah menaiki keretapi sebelum ini kerana tidak berkepentingan.
Oleh kerana perjalanan pada waktu malam, maka bolehlah melelapkan mata pada sebahagian besar perjalanan seterusnya mengurangkan kebosanan sebelum tiba ke destinasi.
Tiada apa yang boleh dilihat di luar keretapi yang boleh menghilangkan kebosanan di ketika mata tidak mahu pejam. Cuma sesekali kelihatan rumah-rumah dan kedai-kedai di pekan kecil dalam samar-samar cahaya lampu.
Akhirnya tiba juga di KL Sentral pada jam 9.20 pagi. Sebelum itu keretapi yang kami naiki melalui stesen keretapi KTM yang lama berhampiran Masjid Negara.
Bersarapan pagi di salah sebuah restoran di KL Sentral sebaik tiba. Hidangannya nasi lemak yang harus diperbaiki lagi mutunya.
Selepas bersarapan, terus ke Masjid Negara dengan menaiki bas untuk mandi dan bersiap sebelum ke destinasi seterusnya.
Destinasi lawatan pertama ialah Pusat Sains Negara.
Pusat Sains Negara.
Kemudian ke KLCC untuk menaiki LRT ke KL Sentral sekali lagi. Separuh perjalanan adalah melalui bawah tanah.
Selepas makan tengahari di Brickfield, kami ke Planetarium Negara.
Kakitangan KTM yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang lawatan ini memberikan khidmat yang sangat memuaskan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau.
Kakitangan KTM yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang lawatan ini memberikan khidmat yang sangat memuaskan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau.
Fatah Ikram dan Faris tidak melepaskan peluang mencuba memandu roket untuk ke angkasa lepas. Semoga suatu hari nanti akan menjadi angkasawan yang menggunakan roket seratu peratus buatan Malaysia untuk ke angkasa lepas.
Selepas planetarium, berjalan kaki ke Muzium Negara yang terletak tidak jauh dari situ. Akhir sekali kembali semula ke Masjid Negara untuk mandi, solat dan bersiap untuk ke KL Sentral sekali lagi. Makan malam di Chicken Rice Shop, KL Sentral sebelum menaiki keretapi menuju ke Sg. Petani, Kedah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan