MISI SEKOLAH

Isnin, 16 November 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan

16 Nov. 2009 - Hari Anugerah Kecemerlangan berlangsung dengan jayanya di Dewan SK Seri Inas.
Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan.

Murid-murid Pra-Sekolah mempersembahkan sebuah tarian yang
memeriahkan majlis.

Para hadirin yang hadir.
Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang.

Ahad, 15 November 2009

Aktiviti PIBG SK Seri Inas

15 Nov. 2009 - Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Seri Inas telah menjayakan satu program pameran oleh agensi-agensi kerajaan bertempat di pekarangan sekolah.

Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk turut terlibat secara tidak langsung dengan mengadakan jualan makanan, minuman dan baju terpakai.

Gerai makanan dan minuman.


Gerai menjual baju terpakai.

Baju-baju yang dijual.

Gerai menjual minuman.

Pondok PLKN.


Gerai pameran PLKN.

Pondok pameran Agensi Anti Dadah Kebangan (AADK).


Seorang waris sedang menjalani ujian kesihatan.


Pondok pameran Jabatan Penjara.

Khusyuk membaca penerangan tentang Jabatan Penjara Malaysia


Ikatan Relawan Rakyat (RELA) menjalankan proses pendaftaran ahli baru.


Tuan Guru Besar meninjau gerai pendaftaran ahli RELA.


Perlawanan bolasepak antara kampung juga turut diadakan.

Sabtu, 14 November 2009

Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Pada 10 Nov. 2009 satu pengalaman baru telah dilalui oleh hampir semua murid maupun guru-guru SK Seri Inas kerana lawatan ke Kuala Lumpur pada kali ini menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama.

Bertolak dari Stesen Keretapi Sg. Petani, Kedah pada jam 10.20 malam 10 Nov. 2009.

Terlewat lebih kurang 3 jam dari jadual asal kerana kelewatan keretapi tiba di Sg. Petani.

Perjalanan dengan keretapi memakan masa 11 jam. Satu perjalanan yang amat panjang jika dibandingkan dengan menaiki bas atau kereta.

Namun, ianya memberi satu pengalaman baru kepada hampir kesemua peserta rombongan yang belum pernah menaiki keretapi sebelum ini kerana tidak berkepentingan.

Oleh kerana perjalanan pada waktu malam, maka bolehlah melelapkan mata pada sebahagian besar perjalanan seterusnya mengurangkan kebosanan sebelum tiba ke destinasi.

Tiada apa yang boleh dilihat di luar keretapi yang boleh menghilangkan kebosanan di ketika mata tidak mahu pejam. Cuma sesekali kelihatan rumah-rumah dan kedai-kedai di pekan kecil dalam samar-samar cahaya lampu.
Akhirnya tiba juga di KL Sentral pada jam 9.20 pagi. Sebelum itu keretapi yang kami naiki melalui stesen keretapi KTM yang lama berhampiran Masjid Negara.
Bersarapan pagi di salah sebuah restoran di KL Sentral sebaik tiba. Hidangannya nasi lemak yang harus diperbaiki lagi mutunya.

Selepas bersarapan, terus ke Masjid Negara dengan menaiki bas untuk mandi dan bersiap sebelum ke destinasi seterusnya.

Destinasi lawatan pertama ialah Pusat Sains Negara.

Pusat Sains Negara.

Kemudian ke KLCC untuk menaiki LRT ke KL Sentral sekali lagi. Separuh perjalanan adalah melalui bawah tanah.

Selepas makan tengahari di Brickfield, kami ke Planetarium Negara.

Kakitangan KTM yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang lawatan ini memberikan khidmat yang sangat memuaskan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau.

Fatah Ikram dan Faris tidak melepaskan peluang mencuba memandu roket untuk ke angkasa lepas. Semoga suatu hari nanti akan menjadi angkasawan yang menggunakan roket seratu peratus buatan Malaysia untuk ke angkasa lepas.

Selepas planetarium, berjalan kaki ke Muzium Negara yang terletak tidak jauh dari situ. Akhir sekali kembali semula ke Masjid Negara untuk mandi, solat dan bersiap untuk ke KL Sentral sekali lagi. Makan malam di Chicken Rice Shop, KL Sentral sebelum menaiki keretapi menuju ke Sg. Petani, Kedah.

Bertolak dari KL Sentral pada jam 8.00 malam. Tiba di Sg. Petani pada jam 6.30 pagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan selamat.

Selasa, 4 Ogos 2009

SEKITAR PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009

Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SK Seri Inas bagi tahun 2009 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 30 Julai 2009 dan berakhir pada 1 Ogos 2009 di padang SK Seri Inas. Perkhemahan pada tahun ini turut disertai oleh murid dari SK Malau dan SK Kg Selarong.
Anggota-anggota Kumpulan 1 bersama hasil masakan mereka - Lempeng Pisang dan Cucur Durian.

Masakan oleh Kumpulan 1 - Lempeng Pisan dan Cucur Durian.


Masak Lempeng Pisang.

Lempeng Pisang

Peserta-peserta sedang sibuk memasak.

Makan tengahari.

Aktiviti Berjalan Malam sejauh 5 kilometer.

Berkumpul untuk memulakan Aktiviti Berjalan Malam.

Deretan khemah-khemah peserta perkhemahan.

Khamis, 23 Julai 2009

Bulan Kecergasan 2009

Permainan Kecil - Permainan Tuju Selipar

Permainan Tuju Selipar (aktiviti murid lelaki)

Permainan Kecil - Menarik Upih (aktiviti murid perempuan)


Permainan Kecil - Permainan Congkak

Permainan Kecil - Permainan Congkak

GALERI FOTO

SK Seri Inas,Bakai

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.