MISI SEKOLAH

Khamis, 15 Januari 2009

Teknologi Maklumat dan Komunikasi tanpa wayar

Hari ini,tanggal 15 Januari 2009 bersamaan 18 Muharam 1430,SK Seri Inas akhirnya berjaya menyediakan kemudahan internet tanpa wayar untuk dimanafaatkan oleh warga sekolah. Walaupun agak terlewat jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di sekitarnya, namun yang lebih penting ialah sekarang teknologi ini telah dapat digunakan oleh guru-guru untuk turut serta memasuki dunia global, meneroka intipati berguna di dalamnya dan dicurahkan kepada murid demi menyiapkan mereka menghadapi cabaran di masa hadapan.

Ahad, 4 Januari 2009

SESI BARU BERMULA

Tanggal 7 Muharam 1430H bersamaan 4 Januari 2009 bermulalah sesi persekolahan tahun 2009 dimulakan dengan Perhimpunan mingguan yang pertama.

Jumaat, 2 Januari 2009

Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2009

Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi Sesi Persekolahan Tahun 2009 telah diadakan pada 1 Januari 2009 bertempat di bilik guru SK Seri Inas. Mesyuarat ini merupakan salah satu daripada persiapan-persiapan bagi melancarkan sesi persekolahan tahun 2009 di mana sebelum itu iaitu pada 28 Disember 2008 telah pun diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum yang melibatkan semua guru.

Isnin, 29 Disember 2008

MAKLUMAN

Persediaan Untuk Sesi Persekolahan 2009
28 Disember 2008 - Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Pertama 2009 (semua guru)
(29 Disember 2008 - Cuti sempena Awal Muharam)
30 Disember 2008 - Mesyuarat Jawatankuasa Peningkatan UPSR (semua guru Tahun 6)
Mesyuarat Panitia (semua guru)
31 Disember 2008 - Menyiapkan bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas (guru berkenaan)
1 Januari 2009 - Menyiapkan bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas (guru berkenaan)

Sabtu, 15 November 2008

Lawatan ke Bukit Merah Laketown Resort

Menikmati keindahan panorama di Bukit Merah Laketown Resort dari udara dengan menaiki 'chairlift' selama 20 minit untuk satu perjalanan.

Khamis, 13 November 2008

Lawatan ke Bukit Merah Lake Town Resort

, Lawatan ke Bukit Merah Lake Town Resort pada 10 November 2008 telah disertai seramai 70 orang murid dengan diiringi 7 orang guru iaitu Puan Jamirul Kaissa, Puan Nihayatul Hasna, Puan Zuraida, Puan Fauziah, Encik Azam Hasim, Encik Din Mat Jusoh dan Encik Mohd Sobri.

Lawatan ke Bukit Merah Lake Town Resort

Salah seorang guru pengiring yang telah mengiringi murid-murid ke Bukit Merah Lake Town Resort pada 10 November 2008 yang lalu.

Jumaat, 31 Oktober 2008

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Seri Inas 2008 akan diadakan pada 9 November iaitu hari Ahad bermula jam 10.00 pagi bertempat di Dewan SK Seri Inas.
Semua waris adalah dijemput hadir.

Ahad, 26 Oktober 2008

Latihan Kebakaran

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di padang sekolah mengikut laluan yang telah ditetapkan dan guru-guru kelas memanggil nama murid masing-masing seorang demi seorang bagi memastikan semua murid selamat.

Latihan Kebakaran

Latihan Kebakaran telah dijalankan dengan jayanya pada 23 Oktober 2008 (Khamis) bermula jam 11.50 pagi.

GALERI FOTO

SK Seri Inas,Bakai

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.